Selasa, 3 Julai 2012

FENOMENA YANG MEMUALKAN

Acap kali berita basu seperti ini dipaparkan dan lambakan PATI seolah-olah seperti lambakan barangan di pasar malam. Masalahnya apa tindakan pihak yang berkenaan. Dah ada punca, sekarang ni kita perlukan tindakan. Apa cerita 6P....... terus menyepi ke

PATI salah guna pasport, visa pelawat

KUALA LUMPUR 2 Julai - Pihak berkuasa mengesan 99 peratus daripada rakyat Indonesia yang menggunakan pasport sah untuk memasuki negara ini melalui laluan laut gagal memperbaharui dokumen perjalanan itu selepas tamat tempoh.
Keadaan itu menyebabkan status mereka automatik menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi mereka terus tinggal dan bekerja di negara ini.
Menurut sumber, taktik menyalahgunakan visa pelawat dan pasport merupakan punca utama kebanjiran PATI Indonesia di seluruh negara ketika ini.
Beliau berkata, pemantauan pihak berkuasa di beberapa jeti yang menjadi pintu masuk utama rakyat Indonesia ke negara ini mendapati tangkapan terhadap PATI sudah menurun secara mendadak sejak kebelakangan ini disebabkan mereka masuk secara sah.

0 ulasan:

Catat Ulasan