Selasa, 3 Julai 2012

BERDAMAI AKHIRNYA

Akhirnya berdamai... itulah yang boleh dikatakan tentang Neelofa dan Anzalna ekoran konflik antara mereka. Apapun yang mereka lakukan, ini adalah yang terbaik. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tahniah buat dua artis baru yang jelita ini. Jangan kerana sengketa bakat anda tenggelam. Anda telah berada di landasan yang betul

Sumber: Utusan

Anzalna mohon maaf kepada Neelofa

ZED Zaidi (dua dari kanan) bersama Zahrin Ishak menunjukkan dokumen yang disediakan Seniman untuk Anzalna (kiri) dan Neelofa di Petaling Jaya, semalam.
 
PETALING JAYA 2 Julai - Pelakon Nur Anzalna Nasir, 24, hari ini secara terbuka memohon maaf kepada Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menjejaskan maruah pengacara Nona itu.
Pernyataan maaf itu dilakukan pada satu majlis yang diatur oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang turut dihadiri Neelofa dan Presiden Seniman, Zed Zaidi di sebuah hotel di sini.
“Saya, Nur Anzalna Nasir, ingin minta maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar mingguan yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarga.
“Saya juga tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang dikeluarkan pada 10 Jun itu di muka surat 10 akhbar tersebut," katanya ketika membaca pernyataan maaf itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan