Sabtu, 21 Julai 2012

Pelakon veteran Ismail Hutson meninggal dunia

KUALA LUMPUR — Pelakon veteran dan Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar, meninggal dunia awal hari ini.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara di sini tengah hari ini.
Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung, kata isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa ekoran demam panas yang berpanjangan.— BERNAMA

Alexa

0 ulasan:

Catat Ulasan