Sabtu, 21 Julai 2012

Helikopter terhempas: 2 mayat ditemui

 

KUCHING — Mayat seorang lagi penumpang yang hilang, jurutera Sebiro Holdings Peter Ato Mayau, antara empat orang yang menaiki Eurocopter EC 120 yang terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman semalam ditemui tengah hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC, Datuk Law Hong Soon berkata, mayat Ato dijumpai dihanyutkan di pantai Kampung Tebelu, Sebuyau oleh orang-orang kampung yang membantu operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira 2 petang.
Terdahulu, Hong Soon mengesahkan mayat seorang lagi penumpang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang ditemui nelayan tempatan pagi ini juga dihantar ke Simunjan untuk bedah siasat. - BERNAMA
Alexa

0 ulasan:

Catat Ulasan