PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA  UNIVERSITI 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
SESI AKADEMIK  2012
Perhatian:
 
1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di  dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus  ini.
 
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh  kemasukan.
 
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac  2012. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak  akan dilayan.
 
4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda  TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda  perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat  pengemaskinian maklumat peribadi. 
 Panduan Permohonan:
 
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan  seperti berikut:
 
1. Mengisi borang permohonan secara online dengan  lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN
 
2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan  maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap
 
a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
 
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan  Sukan
 
c. Ruang G. Perakuan
 
d. Ruang H. Pengesahan
 
3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta  sijil-sijil kepada:
 
 PENGARAH 
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN  PELAJARAN MALAYSIA 
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E, 
PUSAT PENTADBIRAN  KERAJAAN PERSEKUTUAN 
62604 PUTRAJAYA 
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH  SUKAN)
sebelum tarikh tutup permohonan
Nota penting: 
Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap  yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda  terbatal
Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah  lengkap untuk rujukan sendiri 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan