Memaparkan catatan dengan label bikin panas hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bikin panas hati. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Julai 2012

INI MEMANG MELAMPAU

Promosi Carlsberg Sempena Ramadhan

 



iklan, hina, islam, puasa, dikaun, ramadhan, bulan mulia, pasaraya, lokasi, promosi, arak jenama carlsberg, darah, marah facebook, bantah, kafir, bukan islam, pihak pengurusan, daging babi panggang, gambar, amaran

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang
 
Sumber

Rabu, 11 Julai 2012

RAGUT-MEKANISME TANGANI JENAYAH INI PERLU DIKENAL PASTI

Pihak PDRM dan KDN terutama Menterinya seharusnya memberikan perhatian kepada kes ragut ini. Dah banyak sangat kes yang melibatkan ragut dan kematian. Satu mekanisme harus dikenalpasti bagi memastikan peragut-peragut zalim ini tidak lagi mendatangkan bahaya kepada orang awam. Hukuman lebih berat dan menyedarkan orang lain perlu dirangka bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.

Remaja 17 tahun ditahan bantu siasat kes ragut kerani wanita

10 Julai 2012
MELAKA - Polis menahan seorang remaja yang dipercayai terlibat dalam kes ragut seorang kerani wanita yang meninggal dunia sehari selepas kejadian itu di Jalan Benteng, Balai Panjang empat hari lepas.

Remaja lelaki berusia 17 tahun yang tidak bersekolah itu ditahan bersama tiga lagi lelaki berusia 20-an dalam satu operasi khas di dua inap desa di Merlimau dan Semabok bermula 1.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supt R. Gunarajan berkata kesemua mereka dipercayai merupakan ahli kumpulan yang terlibat dalam 15 kes pecah rumah dan ragut di sekitar daerah Melaka Tengah dan Jasin sejak tahun lepas.

Beliau berkata hasil siasatan, remaja terbabit mengaku mengambil beg tangan dari raga motosikal mangsa dalam kejadian berkenaan.

"Ketika kejadian, remaja itu membonceng motosikal yang ditunggangi seorang lagi rakannya yang masih dijejaki," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 8.05 pagi Sabtu lepas, mangsa, Tang Mui Choo, 35 yang menunggang motosikal diragut dua lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala dan rusuk sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.

Gunarajan berkata dalam operasi itu polis turut menemui tiga komputer riba, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, beg duit dan matawang asing dan empat topi kaledar yang dipercayai hasil ragut dan pecah rumah.

Beliau berkata kumpulan tersebut dipercayai menggunakan taktik bersembunyi di inap desa atau hotel dan keluar meragut untuk membeli dadah.

Katanya kesemua mereka yang juga positif dadah jenis methamphetamine kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Rabu, 21 Mac 2012

MACAM MANA GOLONGAN PRIMIER BOLEH DAPAT GAJI SBPA

PELIK! HAIRAN BIN AJAIB TAPI BENAR-BENAR BERLAKU!!!!!!!! Itu yang berlaku pada golongan PRIMIER kat negara kita. Tiba-tiba dapat gaji SBPA. Sedangkan pihak JPA sedang buat semakan semula. Itu yang pelik. Apa nak jadi pulak pada kami golongan marhain ni. Terherit-jerit memperjuangkan hak. Rupa-rupanya golongan atasan dah makan gaji baru.
 Pihak SPRM kena buat siasatan macam mana kes ini boleh berlaku.Siapa yang mengeluarkan arahan pembayaran. Siapa yang meluluskan pembayaran. Dah macam salah guna kuasa.

 SBPA yang digantung pelaksanaannya awal januari tapi gaji untuk Januari dan Februari dah dibuat. Bila SBPA dibatalkan barulah timbul cerita ini. Pihak bertanggung jawab kena siasat apakah motif sebenarnya pekara ini. mengapa pembanyaran dilakukan sedangkan JPA masih buat kajian. Apa disebalik semua ini.

Patutlah kami golongan marhain ni diarah tandatangan tanpa soal jawab. Jangan pandang golongan pelaksana macam kami ni boleh dipermainkan begitu sahaja. Tidak adil bagi kehidupan dan perkhidmatan betul tak??
Anjing peliharaan terlepas. Minta maaf. Mudah nak selesaikan masalah. Tapi mangsa yang menanggungnya macam mana?????? Memanglah bela anjing tak salah. Untuk keselamatan diri. Tapi kalau dah menyusahkan orang lain macam mana ceritanya. Kesianlah pada anak-anak kecil yang menjadi mangsa keadaan.

BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun nyaris maut apabila diserang anjing peliharaan jiran yang terlepas dari kurungan, dalam kejadian lewat petang kelmarin.
Dhiya Qairina Muhammad Nur Akmal, 7, diserang ketika bermain basikal di depan rumahnya, di Lorong Perda Timur 9, Bandar Perda, sekitar 6.45 petang.

Bapa mangsa, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, berkata, ketika kejadian dia sedang membaiki kereta di halaman rumah, sementara isterinya, Radziah Mohd Adas, 46, mengangkut barang rumah yang baru dibeli dari kereta sebelum terdengar jeritan anaknya.

“Saya dengar jeritan anak, lalu segera mendapatkannya. Saya terkejut terlihat seekor anjing yang sangat besar sedang mencakar belakang anak saya yang terbaring di jalan. Saya jerit minta tolong, tapi, tiada sesiapa ketika itu. Saya cuba halau anjing itu namun tidak diendahkannya, sebaliknya terus menyerang anak saya sebelum saya me-ngangkat basikal ditunggangi anak sebelum itu untuk menghentak haiwan itu dan selepas itu barulah ia lepaskan anak saya dan berlari ke arah lain,” katanya ketika ditemui di KPJ Penang Specialist Hospital, di sini, semalam.

Muhammad Nur Akmal yang bekerja sebagai jurutera berkata, dia segera membawa anak bongsu dari empat be-radik itu ke hospital berikutan kecederaan serius di belakang dan punggung anaknya itu.
Menurutnya, pemilik anjing yang juga jirannya berusia lingkungan 40-an itu ada berjumpanya selepas itu dan meminta maaf insiden berlaku.
Pemilik haiwan itu katanya, turut mendakwa tidak sedar anjing peliharaannya terlepas kurungan dan keluar melalui belakang rumah, terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya, selepas kunci kurungan dikatakan rosak.

Difahamkan, ia merupakan kali pertama anjing itu terlepas dari kurungan.
Berikutan kejadian, Dhiya Qairina terpaksa ditahan di wad dan menjalani rawatan bagi mengelakkan terkena sebarang jangkitan kuman.

Laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), 11.13 malam hari yang sama.

Muhammad Nur Akmal berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu sebagai pengajaran mengelakkan perkara sama pada orang lain.

“Bukan sahaja anak saya yang trauma, tetapi, saya juga kerana asyik terbayangkan anjing besar itu hingga tidur malam pun tak lena. Anjing itu sangat agresif dan jika saya terlewat, sudah tentu perkara lebih buruk boleh berlaku,” katanya yang sudah tiga tahun menetap di taman perumahan tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Ab Lah mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, kertas siasa-tan telah dibuka untuk menyiasat insiden itu.
“Anggota kami ke rumah pemilik anjing itu pagi tadi (semalam), dan siasatan masih dijalankan mengenal pasti jenis anjing menyerang kanak-kanak terbabit,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan haiwan hingga mendatangkan kecederaan.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

PONDOK HIBURAN DI PALONG

Misteri kewujudan pondok di Felda Palong terjawab
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
JEMPOL – Misteri beberapa pondok yang dibina di sekitar Felda Palong di sini, terjawab apabila Jabatan Imigresen Negeri Sembilan mengadakan pemeriksaan terhadap pondok berkenaan, petang kelmarin.

Ketua Bahagian Penguat­kuasa Jabatan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, hasil pemeriksaan mendapati pondok tersebut dibina sebagai tempat hiburan bagi warga asing yang dipercayai bersembunyi di dalam kawasan tersebut.

Katanya, pondok dibina kira-kira 10 kilometer dari jalan utama itu, dilengkapi set karaoke dipercayai digunakan warga asing berkenaan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kita telah melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira 2 petang. Namun, semasa serbuan dilakukan tiada seorang warga asing yang berada di kawasan itu, menyebabkan kita gagal mengesan warga asing yang dipercayai bersembunyi dikawasan ini. Kita percaya mereka telah menyedari kehadiran pihak berkuasa, memandangkan bunyi kenderaan yang memasuki kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut beliau, siasatan pihaknya mendapati lokasi itu dipercayai menjadi tempat utama warga asing di sekitar kawasan berkenaan untuk berkumpul dan mendapatkan hiburan.

“Kegiatan itu dipercayai beroperasi pada setiap hujung bulan, namun kita masih menjalankan siasatan mengenai perkara berkenaan. Kita sebelum ini sudah melakukan beberapa risikan dan akan menjalankan operasi secara berterusan,” katanya.

Dahlah tak ada permit. Menyusahkan orang. Yang untungnya orang yang paling pandai  ambil  kesempatan. Ambil kesempatan dalam apa sahaja keadaan.

APA HAL BUDAK NI.....

Apa hal budak ni. Sekejap kata dicolek. Sekejap kata selamat. Menyusahkan orang lain. Menyusahkan pihak Polis. Bukan nak hadap satu kes. Inilah masalah remaja sekarang. Bila ada masalah lari dari rumah atau buat tindakan BODOH. Bila dah menyesal balik kerumah dan dakwa kena ROGOL. Yang silelakipun sama. Yang kaupergi bawa balik ke rumah buat apa. Kau tak tau ke budak tu bawah umur. Kalau jadi apa-apa masak kau. Nasihat aku baik kopulangkan balik anak orang tu. Bawah umur tu bro. Jangan cari pasal.


KUANTAN - Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.

Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.

"Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya.

Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama

Jumaat, 16 Mac 2012

LAGI PETUNJUK BARU KES DIRANG....

Satu lagi berita terbaru dari kes pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah. Bapanya disahkan tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi menurut berita yang dipetik dari Sinar Harian, bapa allahyarham merupa rakyat Filifina akan dihantar pulang semula ke negara asalnya kerana tidak memiliki sebarang dokumen. Pulak?


JOHOR BAHRU - Polis Johor hari ini mengesahkan bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan sudah diberikan supaya bapa kanak-kanak itu diusir ke negara asal.

"Ayah Nurul tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes ini. Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan Timbalan Pendakwa Raya adalah supaya dia diusir ke negara asal dan pihak imigresen akan lakukan.
"Dia (bapa Dirang) berasal daripada Filipina dan tidak mempunyai apa-apa dokumen diri sejak sekian lama," kata beliau kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Bapa kandung Nurul Nadirah, Utoh ditahan polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak terbabit di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini pada 8 Mac lalu.

Dia sebelum ini ditahan reman hingga Isnin ini mengikut Seksyen 15 (1)(D) Akta Imigresen.
Nurul Nadhirah, 5, ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu. Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan menunjukkan penjenayah yang disyaki membunuh dan membakar Dirang sudah pun dicekup dan kini ada dalam tahanan polis.

"Kini yang tinggal adalah tiga suspek warganegara tempatan berusia 30-an. Mempunyai rekod terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod lampau hasil siasatan dilakukan. Polis akan memohon perintah tahanan reman ke atas dua lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan yang ditahan sebelum ini, di Mahkamah Majistret di sini esok," katanya.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata, seorang lelaki ditahan di Machang, Kelantan berhubung isu menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan untuk mendapatkan wang tebusan.

"Tangkapan sudah dibuat di Kelantan seperti mana yang kita tahu ibu Dirang, Roselyn Alan ada menerima SMS daripada individu yang meminta wang daripadanya.

"Seorang lelaki dicekup polis dan tiga telefon bimbit dimiliki dirampas. Salah satu daripada tiga telefon bimbit ini digunakan untuk menghantar SMS terbabit," katanya

SPAGHETI KAKI LIPAS??????

Apa cerita ni? Dalam spagheti ada kaki lipas? Nasib baik kaki lipas. Kalau kaki katak atau kaki orang ke. Tak ke parah. Berniagalah tetapi kebersihan adalah tanggung jawab bersama. Tambahan pula sekarang ni virus kencing tikus semakin menular. Apakah peniaga sudah lupa etika peniaga. Pihak berkuasa tempatan pun harus peka. jangan bila ada isu baru nak turun pantau. Pas tu buat0buat lupa bertahun-tahun lamanya.

Sumber; Sinar Harian

Kaki lipas dalam spageti: Ganti rugi RM55,000 kepada pensyarah

16 Mac 2012
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada penyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognese' yang mengandungi kaki lipas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara, menolak permohonan syarikat itu untuk kebenaran bagi merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff yang mengetuai korum itu bersama dua Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinater juga memerintahkan restoran segera itu membayar RM3,000 sebagai kos.

Anantham berkata perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan.

Md Rais berkata, "Ia adalah untuk kebaikan masyarakat."

Pada 11 Okt 2010, Mahkamah Sesyen Shah Alam menganugerahkan Goh, 30, ganti rugi am sebanyak RM5,000, ganti rugi teladan RM50,000, kos dan faedah lapan peratus selepas memutuskan Goh berjaya membuktikan kesnya iaitu Pizza Hut Restaurants bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Syarikat itu gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen selepas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Okt tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam N. Ganesarajah berkata Pizza Hut telah membayar ganti rugi kepada Goh. Ganesarajah dan Khairul Idzwan Kamarudzaman mewakili Goh.

Goh dan rakan beliau telah mengunjungi restoran Pizza Hut di Subang Parade, Subang Jaya pada pukul 5.30 petang, 26 Sept 2007.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 2009, Goh berkata beliau sedang makan spageti apabila menemui satu 'objek' di dalam makanannya. Selepas melihat dengan teliti bersama rakannya, beliau mendakwa objek itu adalah kaki lipas.

Susulan kejadian itu, Goh mendakwa beliau mengalami kesakitan, muntah serta cirit-birit.

Pizza Hut Restaurants, yang diwakili peguam S. Sharmalah dan V. Veena berkata objek yang dipertikaikan di dalam makanan itu adalah bawang goreng.

Terdahulu, Sharmalah berhujah Goh tidak harus dianugerahkan ganti rugi teladan, sambil menambah keterangannya tidak konsisten.

Bagaimanapun, Ganesarajah berhujah tiga wakil Pizza Hut Restaurants telah mengesahkan wujud masalah lipas di restoran berkenaan sebelum dan selepas kejadian itu. - Bernama

Rabu, 14 Mac 2012

LAGI KEKEJAMAN MANUSIA

KUMPUL BUKTI...anggota Unit Forensik Selangor membuat siasatan kali kedua di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Zara dan ayahnya.
KUMPUL BUKTI...anggota Unit Forensik Selangor membuat siasatan kali kedua di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Zara dan ayahnya.
SERDANG: Seorang lelaki dan rakannya ditahan untuk siasatan berhubung misteri kematian seorang pensyarah kolej swasta, Zara Eleena Omar Peter, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, yang ditemui dalam bilik berasingan di rumah mereka di Taman Kinrara 1, Puchong, petang kelmarin.
Seorang daripada mereka dipercayai teman lelaki yang juga bekas pelajar pensyarah malang itu ditahan bersama rakan serumahnya di kediaman mereka di Pandan Indah, Ampang, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, suspek yang berusia 18 dan 20-an itu kini direman seminggu bermula semalam dan kes masih diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan sehingga kini, kami masih lagi mengumpulkan lebih banyak maklumat bagi mencari motif dan sebab utama kejadian pembunuhan ini berlaku, namun polis masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian ini bermotifkan dendam, cemburu atau samun.

“Polis juga masih menunggu hasil laporan bedah siasat Jabatan Kimia dan patalogi yang dijangka diperoleh dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas melawat semula lokasi kejadian bersama Unit Forensik Selangor, petang semalam.

Menurutnya, siasatan kes pembunuhan dua beranak itu turut diperluaskan ke kampung halaman ibu mangsa di Kampung Gelang Cincin, Segamat, Johor bagi mendapatkan gambaran dan maklumat secara menyeluruh selain merujuk fakta serta bahan bukti yang diperoleh di tempat kejadian.

“Setakat ini, telefon bimbit milik kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan kami juga masih mengesan kereta Perodua Kenari milik pensyarah berkenaan. “Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian dan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nazir Max di talian 013-3007705 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang atau tampil ke balai polis berhampiran,” katanya.

PENGHANTAR SMS KES DIRANG DI KESAN


KOTA BHARU - Polis Kelantan telah mengesan individu yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang 'tebusan' daripada ibu Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar selepas diculik awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya kini sudah menjalankan siasatan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor.
Menurutnya, setakat semalam tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan serta gerakan memburu suspek berkenaan giat dijalankan bagi membantu siasatan.

“Kita tidak mengetahui sama ada SMS ini satu mainan atau benar-benar daripada suspek, Ini kerana semua siasatan dilakukan oleh polis Johor. Bagaimanapun, kita akan memberikan segala maklumat diperlukan untuk mengesan individu yang menghantar SMS terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang meminta bantuan polis Kelantan untuk mengesan suspek yang menghantar SMS tersebut.

Sebelum ini, ibu kanak-kanak malang itu, Roselyn Alan menerima SMS ugutan yang meminta beliau menyerahkan RM10,000 di Taman Tengku Anis, Kota Bharu jam 12 tengah hari, jika tidak anaknya akan mati.

Roselyn Alan dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.
Kelmarin, polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Isnin, 12 Mac 2012

SAMPAI BILA NAK PANTAU..... BERTINDAKLAH

Sampai bila istilah PANTAU harus digunakan. Yang masyarakat perlu adalah TINDAKAN. Selagi tidak ada tindakan, selagi itulah perkara ini akan menular dan berleluasa. Ada pula NGO yang menyokong. Inilah yang susah.

Jakim dan SKMM sentiasa pantau aktiviti LGBT di Internet

12/03/2012 8:47pm

KUALA LUMPUR 12 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa bekerjasama memantau aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini, khususnya di laman media.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kerjasama itu dijalinkan menerusi sebuah jawatankuasa yang turut dianggotai jabatan tersebut dan SKMM.

"Kita ada pegawai yang sentiasa memantau laman-laman web yang cuba menyebar dan menyokong LGBT di negara ini. Kita turut menerima laporan daripada orang ramai.

"Jika kita dapati ada perkara tidak sesuai dalam laman web tersebut, maklumat akan disalurkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk diambil tindakan,” katanya selepas sidang akhbar program realiti ”Adik-Adikku” musim ketiga hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai peningkatan golongan yang menjalin hubungan sesama jenis di kalangan LGBT, selain kewujudan kumpulan penyokong pergerakan itu di negara ini melalui laman sosial.

Othman juga berkata, bagi mengekang penularan LGBT di negara ini, masyarakat perlu memainkan peranan dengan melapor kepada Jakim.— BERNAMA

SUKA DUKA PENUMPANG KOMUTER

Komuter yang diwar-warkan yang terbaik, semakin buruk dari segi perkhidmatan. Ini yang diulas dalam Utusan Malaysia. Pengalaman aku beberapa hari menggunakan komuter dan akan berlangsung selama 4 tahun bakal menjadi mimpi dan igauan buruk dalam hidup.


Sudahlah penat menunggu. Asyik delay. Sekejap-sekejap ketibaan dibatalkan. Jadual diubah sehingga setengah jam. Berhimpit-himpit macam sardin. Penuh dengan pendatang asing yang datang dengan izin atau tanpa izin. Aku tak tahu di mana pengurusan KTMB. Lihat atau tidak apa yang berlaku di platform.
Sumber foto: bublelebam.blogspot.com

Paling menyedihkan sabtu lepas dah kepenatan selepas seharian menghabiskan kuliah, terpaksa berdiri dalam train. Terpaksa pula melihat adegan sepasang remaja melepaskan gian dalam train. Si dara melekap wajah pada dad silelaki. Yang si uda pula sibuk memeluk pasangannya. Yang perempuan dah mula nampak terangsang. Gelagat mereka tidak pula memikirkan orang lain. Sekejap-sekejap si lelaki mencium yang perempuan. Sampai bila perkara ini akan berlanjutan. Semuanya berpunca dari kesesakan.

Bila KTMB nak buat perubahan. Nak memperbaiki perkhidmatan yang BURUK, BUSUK DAN LEMBAB..

Jumaat, 9 Mac 2012

INILAH KASIH SEORANG CUCU KEPADA DATUKNYA....

Satu lagi cerita sedih yang tak sepatutnya berlaku. Cucu yang diberikan kasih sayang. Dimanjakan dan dikasihi sepenuh hati rupanya BERTABIATKAN syaitan. Sudahlah tak bekerja, ada hati nak berkereta. Ada hati nak menangung anak dara orang tanpa sedar menjadikan datuknya MANGSA sifat syaitannya.

Apakah yang harus kita katakan pada lelaki jenis ini. Yang peliknya, teman wanitanya boleh percaya dengan apa yang dikatakan dan dilakukan... dah terbalik dunia ni...

KUALA LIPIS: Hanya kerana ingin memiliki sebuah kereta serta berkahwin dengan wanita pujaan, seorang penganggur berusia 40-an sanggup mengeluarkan wang milik datuknya berjumlah RM21,760 menerusi 19 pengeluaran bemenggunakan kad ATM di sekitar bandar ini tanpa pengetahuan warga emas yang juga pesara polis itu.
Kejadian terbabit disedari pesara berusia 74 tahun berasal dari Kampung Kuala Kechau, di sini, pada 1 Februari lalu ketika dia mahu mengeluarkan wang apabila mendapati jumlah simpanannya berkurangan.

Hairan dengan kekurangan jumlah wang simpanannya hasil daripada penjualan tanah, mangsa meminta kakitangan bank membuat semakan sebelum dimaklumkan terdapat 19 kali pengeluaran wang menerusi kad ATM sejak Januari lalu.

Difahamkan, pada 12 Januari lalu, mangsa pernah didesak cucunya membuat kad ATM dengan alasan kasihan melihat datuknya itu menunggu lama setiap kali mahu mengeluarkan wang menggunakan buku simpanan.

Mangsa bersetuju membuat kad ATM itu dan tidak sedar nombor identiti peribadi (PIN) yang sepatutnya menjadi rahsia sudah ditukar cucunya yang memegang kad berkenaan.

Selepas menghantar mangsa pulang ke rumah, lelaki berkenaan membuat pengeluaran wang sedikit demi sedikit di beberapa buah bank sehingga mencecah jumlah RM21,760 sebelum melarikan diri dan gagal dihubungi datuknya.

Mangsa kebingungan selepas wang itu hilang, mengambil masa hampir seminggu mengesan suspek, namun gagal menemui cucunya itu yang dipercayai sudah melarikan diri.

Berikutan itu, warga emas berkenaan membuat laporan di Balai Polis Lipis, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit berkata, sehingga kini, suspek masih gagal dikesan, namun polis percaya penganggur terbabit masih berada di daerah ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa mula mengetahui kehilangan wang berkenaan ketika mahu membuat pengeluaran wang sebanyak RM500 di bank untuk kegunaan keluarga.

Katanya, mangsa terpaksa mengeluarkan wang menggunakan buku simpanan kerana cucunya tidak menyerahkan kad ATM sebelum mendapati baki akaun tidak sampai RM200.

“Bagaimanapun, pada masa sama kami percaya lelaki terbabit bertindak demikian kerana tidak bekerja dan memerlukan wang. Siasatan awal mendapati lelaki itu ada membeli Perodua Myvi terpakai serta berkahwin dengan teman wanitanya, baru-baru ini.

“Mangsa turut mengesahkan dia tidak pernah mengeluarkan wang sebelum ini dan polis masih meneruskan gerakan memburu penganggur terbabit yang dikatakan sudah melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan kejadian terbabit dan mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.

BALASAN SEORANG ANAK...

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.
Salam Petang Jumaat- korang tatap baik-baik wajah ORANG TUA ini yang pernah mengalirkan peluh dan menitiskan air mata kerana ingin MEMBESARKAN SEORANG ANAK. Setelah anak yang dikasihi dibesarkan, dia ditinggalkan sendirian di Hotel Bajet. Apakah jenis ANAK yang melakukan perkara ini. Apakah jenis ANAK yang dimiliki oleh ibu ini.

Apakah korang sanggup melakukan perkara ini terhadap IBU korang yang telah MEMBESARKAN korang dengan KASIH SAYANG dan PENGORBANAN yang tidak terhingga. Aku doakan agar anak  ini mendapat BALASAN YANG SETIMPAL atas perbuatannya.

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.



Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya

Rabu, 7 Mac 2012

LELAKI DAN ISTERI-ISTERINYA.....

Seorang lelaki di Kota Bharu dikatakan mempunyai  6 orang isteri. Salleh Yaakobpun kalah. Tapi bagi aku tak peliklah. nak pelik apanya, ada lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita tetapi mempunyai berpuluh-puluh isteri di luar sana. Sama ada di Pusat pelacuran, Karaoke atau dimana-mana sahaja.

Golongan sebegini memang HEBAT kalau part mengayat. Kita yang belum ada isteri ni puaslah mengayat. Dah dapat keluarga pulak buat hal. Kononya tak sekufulah, tak seangkatanlah. Inilah masalahnya orang kita. Terlampau pandai bercakap. Terlampau pandai menilai orang. Tersilap nilai dapatlah emas yang disepuh.... barulah nak terhegeh-hegeh

Ahad, 4 Mac 2012

SETIAP MANUSIA PUNYAI BAKAT

Ainan Tasneem bukan klon Najwa Latiff
NURUL NAZRAH NAZARUDIN
3 Mac 2012
Ainan Tasneem
Melihat imejnya yang bertudung dan sering bertemankan gitar sewaktu menyanyi menyebabkan pendatang baru dalam arena seni suara, Ainan Tasneem Redzuan atau mesra dipanggil Ainan disamakan seperti penyanyi Yuna ataupun Najwa Latiff.

Tambahan pula, populariti Ainan juga meningkat naik menerusi laman Youtube selepas video-video nyanyiannya dimuat naik melalui laman tersebut.

Enggan dikatakan meniru gaya sesiapa, penyanyi yang muncul dengan single pertamanya, Aku Suka Dia ini menganggap kemunculannya menyanyi bersama gitar sebagai satu kebolehan ekoran minatnya yang mendalam terhadap muzik. B

Bagaimanapun, gadis berusia 20 tahun ini, tidak mahu menjadikan gitar sebagai identiti dirinya setiap kali mengadakan persembahan.

“Bermain gitar merupakan satu kebolehan yang Ainan ada, namun tidak bermakna setiap kali mengadakan persembahan Ainan akan turut bermain gitar.
“Sebenarnya, Ainan memilih untuk belajar bermain gitar kerana ia senang dibawa dan dipelajari. Tambahan pula, Ainan hanya belajar kod asas gitar sendiri melalui Youtube,” katanya yang mula mempelajari gitar pada usia 17 tahun.
Justeru itu, penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses dari Universiti Malaysia Perlis ini mengambil keputusan untuk belajar bermain gitar selepas didorong oleh seorang rakannya yang mencadangkan untuk mula belajar gitar dengan memainkan lagu The Only Exception dari kumpulan Paramore.
“Pada awal belajar bermain gitar, Ainan akui sedikit sukar kerana hanya bergantung melalui Youtube sahaja. Malah, sepanjang belajar jari-jari Ainan luka kerana sering memetik gitar.
“Abang Ainan pula asyik mengusik dengan mengatakan perempuan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, selepas sakit-sakit pasti akan berhenti bermain. Jadi, Ainan anggap kata-kata abang sebagai cabaran untuk Ainan betul-betul pandai bermain gitar,” katanya yang mengambil masa selama dua minggu untuk mempelajari kod asas gitar.

Minat irama balada
Biarpun sering memuat naik lagu-lagu yang dinyanyikan sambil bermain gitar, namun Ainan sebenarnya lebih cenderung menggemari muzik irama balada.
Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, salah satu alasannya untuk tidak menggunakan gitar sebagai identiti diri adalah kerana dia ingin mencuba menghasilkan lagu balada.
Ainan berharap dapat menghasilkan lagu baladanya sendiri atau menerima tawaran untuk menyanyikan lagu balada kerana itu minatnya.

JANGAN MUDAH LUPA

Apakah ini harus berlaku di negara kita pula????? Dah mula ada bunga-bunga orang tak hormat agama kita. Mula pertikai itu ini. Umat Islam harus ingat dan tahu  bahawa semua ini PASTI berlaku jika kita tidak berwaspada dari sekarang.


Sarkozy tolak keistimewaan orang Islam
Wartawan Sinar Harian
4 Mac 2012
SARKOZY
PARIS - Isu 'keistimewaan' orang Islam di Perancis yang diperkatakan sebelum ini dilihat gagal untuk memperoleh sokongan Presiden Nicolas Sarkozy, kelmarin selepas beliau menolak penyediaan daging halal atau pengasingan kolam renang awam untuk golongan wanita Islam di negara itu.

"Tiada tempat di negara ini untuk xenofobia (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing), tiada isu perkauman dan tidak ada kolam renang khas untuk lelaki atau wanita," menurut Sarkozy dalam satu perhimpunan sempena kempen pilihan raya presiden 2012 di Bordeaux.

Beliau turut menyatakan isu penyediaan makanan halal di sekolah atau pengasingan kolam renang untuk golongan wanita kononnya bertentangan dengan prinsip sekularisme di Perancis.

Sarkozy juga lantang menyuarakan pendapatnya yang dilihat sebagai bias dan bakal menyinggung perasaan orang Islam kerana beliau menegaskan sesetengah isu yang diperjuangkan sepatutnya bukan dipertimbangkan dengan nilai agama tetapi tamadun pada masa itu.

Dianggarkan seramai lima juta orang Islam tinggal di Perancis, sekali gus, ia menjadi populasi terbesar di Eropah Barat.

RAKYAT PERLU BANGKIT, AHLI POLITIK PERLU SEDAR

Terbaca kenyataan YB Zahid Hamidi, aku rasa teruja juga. Yalah rakyat diminta untuk bangkit dan TOLAK pembangkang. Rasanya ramai dah sedar. Cuma nak ingatkan juga orang-orang politik, orang-orang kerajaan kena bangkit juga dan sedar diri. Jangan masa pilihanraya ni baru nak kenal penyokong. Ini yang sering berlaku. Bila kalah salahkan penyokong. Salahkan rakyat. Muhasabah diri juga perlu untuk BN YB Menteri

Rakyat perlu bangkit, tolak pembangkang - Ahmad Zahid

04/03/2012 3:53pm


MELAKA 4 Mac — Rakyat perlu bangkit dan menolak pemerintahan kerajaan pembangkang yang sering bergolak, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, krisis pentadbiran seperti yang berlaku di Kedah bukan perkara baru malah lumrah dalam pentadbiran negeri dikuasai pembangkang.

"Saya fikir soal di Kedah adalah satu yang lumrah dalam pentadbiran sebuah negeri pembangkang, dulu ada komplot di Selangor yang mahu menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Masalah politik ini saya fikir banyak lagi yang kita tidak ketahui di negeri-negeri berkenaan dan inilah masa kita bangkit semula dan kita tolak pembangkang termasuk di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri Melaka di sini, hari ini. — BERNAMA

LEBIH BAIK UNDUR DARI TERUS JADI POLEMIK

Baguslah kalau Senator Shahrizat Jalil mula terfikir tentang KEMELUT yang berlaku pada keluarganya dan karier politiknya. Yang paling bagus kalau YB senator ini berundur. Tak perlulah nak tunggu PM yang minta. Keadaan dah semakin gawar. gengan berundurnya YB Senator ni, kuranglah serangan-serangan yang dikenakan ke atas BN. Maka bolehlah tumpu pada isu yang lebih utama lagi.

Shahrizat serah kepada Perdana Menteri kedudukan selaku senator

04/03/2012 6:29pm


KUALA LUMPUR 4 Mac - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kedudukan beliau sebagai Senator.

Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata, terserah kepada Perdana Menteri sama ada melanjutkan tempoh penggal beliau sebagai senator yang akan berakhir bulan depan.

"Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, hari ini. — BERNAMA

APAKAH SENJATA MAKAN TUAN

Abdul Kadir didesak nyatakan sokongan kepada BN atau pembangkang

04/03/2012 6:35pm

KUALA LUMPUR 4 Mac — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir didesak untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Zamil Ibrahim yang mendakwa sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berkata, bekas Menteri Penerangan itu yang terus membisu tentang persoalan sokongan beliau menimbulkan kekeliruan sama ada daripada pihak BN mahupun pembangkang.

"Beliau ini seorang bekas menteri kerajaan BN dan masih lagi ahli UMNO, tetapi dalam masa sama beliau terus mengkritik kerajaan dan UMNO seperti seorang penyokong pembangkang. Kami mendesak beliau membuat kenyataan media segera.

"Kalau dia tak dapat jawab mengenai Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana ramai teman kaitkan beliau dengan Anwar, adakah beliau (Abdul Kadir) masih menunggu skrip daripada Anwar ?,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Jan lepas Abdul Kadir mendakwa BN memberikan antara RM200 kepada RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya lepas. — BERNAMA