Selasa, 21 Februari 2012

SMS KURANG AJAR DARI MANUSIA KURANG AJAR

Dahlah pemalas. Tak nak KERJA. Nak KERJA MUDAH. Jadi PERAGUT. Anak siapalah ni. Gagal mak ayah membentuk JADI MANUSIA. Atau mak ayah dah bentuk, dia ni yang tak nak JADI MANUSIA

Berlagak ‘suci’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my


SAKIT...Muhamad Hafiz menunjukkan muka isterinya, Nuramiza Ezzanie yang cedera.
Muhamad hafiz menunjuk muka isterinya yang cedera


SAKIT...Muhamad Hafiz menunjukkan muka isterinya, Nuramiza Ezzanie yang cedera.
ALOR SETAR: “Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran,” kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.
Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.
SMS berbunyi ‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’
Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.
  SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan