Bagaimana jika ini dilakukan oleh artis kita.ahu pening kepala mak bapak dia orang tengok. Dan bro yang melalut tak tentu hala tu mesti tambah pening. Aku nak tanya korang perlu tak kita buat satu garis panduan agar kita tak sampai ke tahap ini.......jangan esok adik beradik kita pulak yang ada kat dalam majalah FHM ini
Islamabad – Selepas berdolak dalik mengenai isu gambar bogel di muka depan  majalah FHM, aktress kontroversi Pakistan, Veena Malik akhirnya mengakui dia  mendedahkan bahagian dadahnya dan bukannya berbogel.
Menurut Veena,  terdapat perbezaan yang besar antara mendedahkan bahagian atas badan dengan  berbogel sepenuhnya.
Justeri, Veena akan meneruskan rancangan untuk  menyaman penerbitan berkenaan kerana mengubah suai gambarnya sehingga  menampakkan dia berbogel dalam majalah FHM di India untuk keluaran Disember  itu.
Dalam perbualan telefonnya dengan CNN, Veena berkata, walaupun dia sebelum ini  pernah ditawarkan oleh agensi media antarabangsa untuk berbogel namun dia  akhirnya bersetuju untuk bergambar dengan FHM India, tanpa bayaran kerana ia  adalah rakaman `personaliti’.
Veena berkata, gambar tersebut sepatutnya  menggambarkan imej positif, bukan negatif.
Akibat penyiaran gambar  berkenaan, hubungannya dengan ahli keluarganya terutama bapanya telah  terjejas.
“Bapa saya enggan bercakap dengan saya, dia pernah ditemuramah  oleh media dan dia terlalu sedih….Okay, saya faham dan tidak menyalahkannya,”  katanya.
Sementara itu, FHM India memaklumkan Veena mengetahui mengenai  gambar tersebut dan meluluskan penyiaran gambar berkenaan.
Penerbitan  berkenaan kini menuntut Veena memohon maaf dan mengancam untuk menyaman semula  Veena kerana menjejaskan imej majalah tersebut.
“Veena mengetahui  mengenai muka depan majalah ini. Dia juga suka dengan konsep yang kita  ketengahkan itu,” kata editor FHM, Kabeer Sharma.
Veena yang juga seorang  model tidak pernah lekang dengan kontroversi.
Dua tahun lalu, dia  mendakwa bekas teman lelakinya yang juga pemain kriket Pakistan, Mohammed Asif  terlibat dalam sindiket pertaruhan. Asif kemudiannya didapati bersalah dan oleh  Mahkamah di Britain, bulan lalu.
Setahun lalu, Veena dikecam golongan  alim ulama Pakistan yang mengkritik kelakuannya dalan rancangan realiti Big Boss  di India sebagai tidak islamik.
Namun Veena menjawab kecaman berkenaan  dengan menyatakan, perbuatannya itu adalah sebahagian dalam industri hiburan.
Lagi berita dan gambar di:http://isu-hangat.blogspot.com/2012/02/pengakuan-veena-malik-dedahkan-bahagian.html
Jumaat, 24 Februari 2012
VEENA MALIK CETUS KONTROVERSI TENTANG GAMBAR DALAM FHM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




 
 
 
 

 
 
 

0 ulasan:
Catat Ulasan