Salam Petang Jumaat- korang tatap baik-baik wajah ORANG TUA ini yang pernah mengalirkan peluh dan menitiskan air mata kerana ingin MEMBESARKAN SEORANG ANAK. Setelah anak yang dikasihi dibesarkan, dia ditinggalkan sendirian di Hotel Bajet. Apakah jenis ANAK yang melakukan perkara ini. Apakah jenis ANAK yang dimiliki oleh ibu ini.
Apakah korang sanggup melakukan perkara ini terhadap IBU korang yang telah MEMBESARKAN korang dengan KASIH SAYANG dan PENGORBANAN yang tidak terhingga. Aku doakan agar anak ini mendapat BALASAN YANG SETIMPAL atas perbuatannya.
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya
KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya
0 ulasan:
Catat Ulasan