Jumaat, 16 Mac 2012

GAJI DIBAYAR KE AKAUN ISTERI

Aku pernah menyentuh isu ini dahulu. Dan kini telah menjadi kenyataan. Isteri Penjawat awam di Gorontalo akan menerima gaji suami masing-masing. Ini memang ada kes yang tak kena ni....

JAKARTA: Sebagai menepati janji, mulai 1 Mac lalu gaji Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie dan semua penjawat awam di bawah pentadbiran Pejabat Gabenor Gorontalo, di Sulawesi yang sudah berkahwin, dibayar ke akaun bank isteri masing-masing.
Langkah ini menarik perhatian ramai kerana alasan gabenor membuat keputusan itu ialah supaya gaji mereka benar-benar dapat dimanfaatkan keluarga.
Sementara belum kedengaran rungutan di pihak penjawat awam terbabit, ada pemerhati sosial mengkritik tindakan itu dengan mendakwa ia bersifat diskriminatif terhadap gender selain menunjukkan sikap tidak percaya kerajaan negeri terhadap institusi keluarga.

Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Gorontalo, Muchlis Huntua berkata pembayaran gaji para penjawat awam ke akaun bank isteri mereka merupakan pelaksanaan dasar Gabenor Rusli Habibie.
Muchlis berkata, sehingga kini belum ada daripada sejumlah 3,206 penjawat awam yang bertugas di bawah Pejabat Gabenor Gorontalo mengeluh mengenai keputusan itu. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan