Kini satu lagi bom jangka sedang direka oleh pihak di Selangor. Kita tengoklah sekuat mana dentumannya. Mana tau rakyat boleh melompat keluar dari pakaian dek letupan bom jangka tu. Cakap tu memang senang tapi aku rasa rakyat dak meluat dengan gimik korang. Asyik salah menyalah sesama kaum. Yang untung sesetengah pihak. Tak reti-reti nak berfikir korang ni.
PKR Selangor: Tunggu 'bom jangka' terbaru
24 Jun 2012
Shuhaimi Shafiei
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini.
“Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik,” katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
“Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu,” katanya
0 ulasan:
Catat Ulasan