Selasa, 11 Disember 2012

ZINK CORNER TAMAN PAROI JAYA

Sempat singgah di ZINK CORNER, Taman Paroi Jaya. Berhampiran dengan 7Eleven. Gerai Biasa tapi service tiptop. Tak lama menunggu walaupun orang ramai. Tak sampai 30 minit, anda boleh menyuap hidangan ke mulut anda. Rasa masakan juga tidak mengecewakan....

Isnin, 29 Oktober 2012

Pantai Pengkalan Balak ..... sisi gelapnya..

Cuti Aidil Adha baru ni sempat merayau ke Pantai Pengkalan Balak. Memang cantik kawasannya. Menarik. Jadi tumpuan ramai. Tapi yang menyedihkan, yang memualkan adalah kemudahan yang disediakan. Jalan yang berlubang-lubang, sempit, kemudahan parking yang terhad, kotor. Apakah yang dilakukan oleh pihak yang berwajib terhadap kawasan tarikan pelancong ini.

Bagi kami orang luar, dapat merasakan bahawa memang chalet-chalet yang disediakan mendapat sambutan pengunjung. Memang tak pernah kosong. Tapi apa yang perlu dilakukan tidak dilakukan. Seolah tak ada perubahan tempat ini.

Bukalah mata.... buat yang terbaik untuk membantu pengusaha kecil yang dah banyak mengeluarkan modal

ANGKARA GILA KUASA

Terlalu ramai yang inginkan kuasa. Dan sanggup membunuh karier kawan-kawan hanya kerana mahukan kuasa. Itu yang terjadi dalam dunia sekarang. Akupun tak tahu apa masalah manusia macam ni. Bukan nak membantu tetapi membunuh karier kawan-kawan. Ini masyarakat sekarang.  Suka menangguk di air keroh. Suka menyusahkan orang lain.....

Khamis, 13 September 2012

PENGGUNA TERPEDAYA DENGAN CARA HALUS

Pelbagai taktik  digunakan untuk memperdayakan pengguna telefon bimbit terutama pengguna kad prabayar. Tanpa sedar pengguna dikatakan melanggan sesuatu perkhidmatan dan dikenakan yuran pengaktifan setiap minggu pada kadar yang amat tinggi sehingan mencapai  nilai dua ringgit atau lebih. Pada kali pertama pengguna tidak perasan potongan yang dilakukan namun setelah masuk minggu kedua, pengguna merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Dan potongan ini akan berterusan dari minggu ke minggu. Sedangkan pengguna tidak pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Ini yang dikatakan penipuan cara halus. Pihak pengendali perkhidmatan seharusnya lebih telus dalam menarik minat pengguna bukan menggunakan taktuk halus sebegini.

BOTS.......

Aku bengang dengan BOTS - Battle of the sexs. Tiap minggu kena potong RM 2.00. Aku tak pernah berminat dengan games telefon dan apa jua bentuk benda merepek. Tapi tanpa daftar aku kena tolak RM 2.00 seminggu untuk benda yang aku tak pernah guna. Aku tak tahu siapa punya kerja. Maxis ke. Pihak ketiga ke... tap aku memang tak suka. DIULANGI TAK SUKA. Ada pihak yang buat yang mengaut keuntungan macam ni tanpa memikirkan kesan kepada pengguna. Kementerian yang berkenaan kena ambil tindakan atas pemerasan keatas pengguna dengan cara halus begini