Isnin, 29 Oktober 2012

Pantai Pengkalan Balak ..... sisi gelapnya..

Cuti Aidil Adha baru ni sempat merayau ke Pantai Pengkalan Balak. Memang cantik kawasannya. Menarik. Jadi tumpuan ramai. Tapi yang menyedihkan, yang memualkan adalah kemudahan yang disediakan. Jalan yang berlubang-lubang, sempit, kemudahan parking yang terhad, kotor. Apakah yang dilakukan oleh pihak yang berwajib terhadap kawasan tarikan pelancong ini.

Bagi kami orang luar, dapat merasakan bahawa memang chalet-chalet yang disediakan mendapat sambutan pengunjung. Memang tak pernah kosong. Tapi apa yang perlu dilakukan tidak dilakukan. Seolah tak ada perubahan tempat ini.

Bukalah mata.... buat yang terbaik untuk membantu pengusaha kecil yang dah banyak mengeluarkan modal

0 ulasan:

Catat Ulasan