Aku terima mesej yang tak berapa sedap dari seseorang dalam cbox aku. Bermula dengan perkataan **** you.. pas tu dia sebut tentang Islam. Dia sebut tentang bahlul. Dosa dan pahala. Aku nak gelak juga. Kalu kita melihat dari sudut mata kita yang sati maka kita akan melihat blog ini banyak memaparkan gambar yang kurang nyaman. Tapi kalau kita melihat dengan realiti kita akan melihat betapa bobroknya masyarakat kita kini. Aku cuba buka minda orang kita. Yang gemar meniru. Dan menggadaikan maruah hanya untuk popular. Tanpa fikir akibatnya. Kalau kita lihat tandas. Semua orang kata tandas itu kotor. Tapi bila kita melihat dari sudut yang baik maka kita akan dapat satu pengajar. Rumah tanpa tandas, tidak lengkaplah rumah itu. Manusia tanpa dubur, sengsaralah hidup manusia itu.
Samlah dengan fenomena sekarang. yang kita nampak, gambar dalam blog ini lucah belaka. Tapi tahukah kita bahawa betapa nazaknya masyarakat kita sekarang ni. Itu yang sepatutnya kita lihat. Yang tersirat di sebalik yang tersurat. Kita jangan cepat melatah. Tapi pandang dengan mata hati... Rupanya bangsa aku ni cum pandai meniru. Cuma pandai mengampu. Pandai komen. Tapi dah berapa ramai yang kita insafkan. Kita sedarkan. Yang murtad sekian ramai, yang buang anak sekian ramai. Yang bercakap tentang kebaikan sekian ramai tapi pernahkah terfikir macam mana nak atasi.Kita sering melihat dari sudut yang samar. Tapi kita tak melihat dari sudut yang terang. Kalau benar kita ini memperjuangkan Islam mengapa tidak kita berdakwah pada mereka yang membuang bayi. Jawapannya mudah. Itu tugas kerajaan. Bila tak dapat atasi, itu salah kerajaan. dalam masa yang sama kita juga melakukan kesilapan. Nak sokong pembangkang. berapi-api nak tumbangkan kerajaan. Yang lucunya 3 juta tak mendaftar menjadi pengundi lagi. Apa cerita????
Akhirnya aku dapat seorang manusia yang berani menyatakan dia Islam dan mahu blog ini ditutp atas dasar Islam. Baguslah. Tahniah. Kalau aku tak dapat sedarkan orang lain aku dapat sedarkan dia. Tapi dia sedar tak yang diapun sama. Memaki hamun itu cara Islam ke. Ada ke Islam benarkan. Mesej aku dan tanya apa yang cuba aku buat. Jangan jatuhkan hukuman dulu. Aku boleh terangkan.... Tak mengapalah semua tu. Akupun dah tutup cbox. Aku tak nak ada orang yang mengatakan dia pejuang islam dan terus menunjukkan orang lain tidak Islam. Sedangkan dalam masa yang sama dia juga melakukan kesalahan. Aku bukan kakak tua yang pandai berkata-kata. Aku berfikir menurut cara aku. dan pada individu yang meninggalkan komen tadi terima kasih. Cuma aku nak kaubuat pada semua blog yang ada gambar lucah. Kausedarkan mereka semua. Dan aku harap kau berjaya. Terima kasih bro. Aku dah macam tak minat nak meneruskan blog lagi. Aku bukan cari makan dengan blog. Gaji aku tak habis nak makan. Cuma aku nak menyedarkan orang lain dengan cara aku......
Khamis, 23 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan