Khamis, 23 Februari 2012

DAKWAHKAN ,MEREKA INI SEGERA... MEREKA PERLUKAN PERHATIAN

Statistik Pembuangan Bayi di negara kita
Sumber : Harian Metro Ahad 5/12/2010

2004 hingga 2010
Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.

Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan  pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.

0 ulasan:

Catat Ulasan