Alexa Page Rank DSM menunjukkan bilangan 2 juta dari 4 juta semalam. Pada kedudukan di Malaysia pula mencatatkan angka 11 pada awalnya. Hmm syukur. Dalam masa 18 hari sahaja DSM mampu ke kedudukan ini. Berbanding blog Darahanakmelaka yang telah dihack dahulu, mengambil masa 3 bulan.
Maaflah rakan-rakan. Kadang-kadang aku tekan juga butang follower korang. Kadang-kadang aku tak tekan. Bukan apa, ramai yang aku like. Ramai yang aku follow, tapi nak follow balik susahnya. Jadi bila aku teragak nak follow aku follow. Prinsip aku mudah, kalau orang datang rumah aku, aku hidangkan apa yang termampu dan apa yang aku ada. Agar mereka puas hati. Tapi bila ku berkunjung pula, kalau orang nak jamu aku terima. Tak jamupun aku terima. Mungkin ada masalah kot sebab tu dia tak jamu aku. Habis cerita. Cuma aku masih tabik spring kat sifu-sifu aku seperti Hanif Idrus, Yatie Awang, Unggu Violet yang banyak membantu dengan artikel mereka. Terutama Hanif Idrus dan Yati Awang yang kerap menjengah blog buruk aku ini.
Terima kasih rakan-rakan. Aku terhutang budi dengan korang yang ziarah blog aku, yang komen, yang singgah dan tinggalkan jejak, yang singgah kemudia pergi. Korang tetap aku hargai. Blogger kan selalu bantu membantu. HIDUP BLOGGER MALAYSIA
Selasa, 21 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan