Salam pagi selasa yang indah... tapi di tempat aku petang hujan mencurah-curah, dan tadi malam tidur selena-lenanya..Moga anda ceria dan bersemangat untuk belajar, kuliah bekerja dan apa sahaja yang korang nak buat...
Tadi pagi waktu drive terdengar pesanan Ustazah Dato Siti Norbakyah Mahmood menerusi Suria tentang seorang tua yang lumpuh, dan hari-hari di hantar ke tepi jalan di mana Nabi Muhamad sering lalu lalang. Orang tua ini hanya mahu satu perkara iaitu bersalaman dengan rasullullah. Begitulah saban hari. Suatu hari orang tua itu tidak ada di situ. Maka bertanya-tanyalah para sahabat... Akhirnya diketahui oleh sahabat bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia. Berita itu disampaikan kepada Rasulullah.
Maka Rasullullah dengan diiringi oleh sahabat-sahabat pergilah berziarah. Apabila tiba di rumah aruah, Nabi menghalang sahabat-sahabat masuk. Sahabat-sahabatpu tercengang-cenggang. Nabi masuk sendirian. Kemudia setelah nabi keluar, baru sahabat-sahabat dibenarkan masuk oleh Nabi. Mak tambah hairanlah sahabat-sahabat.
Maka kata Nabi, tadi rumah aruah dipenuhi dengan malaikat yang datang berziarah. Kerana itu tiada ruang untuk kamu masuk. Sekarang malaikat-malaikat telah pulang. Masuk dan berziarah. Berebut-rebut sahabat masuk untuk menyaksikan nur pada wajah aruah sehingga malaikatpun datang berziarah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan