Sabtu, 25 Februari 2012

BERKAIN SARUNG NAK KERETAPI,....... IDEA BUSUK.....

Ini satu lagi program MEREPEK. Kalau nak promosikan perkhidmatan atau BUDAYA buatlah yang logik dikit. Buatlah yang mendatangkan faedah. Baik perkhidmatan lebih baik dari berkain pelekat dan berkain sarung batik. Inilah masalah KITA. Tengok negara Cina.Buat produk satu desa satu industri. TEMBUS satu dunia. Kita sibuk nak buat kuih bahulu lagi. Nak jual kat luar negara. Bukan benda yang NEEDED. Bukan keperluan.  Korang bacalah program merepek kat bawah ini. Aku petik dari Harian Metro.... Satu lagi kenyataan yang aku tak tahan ialah menyatukan rakyat dengan berkain sarung..... BUSUK BRO BUSUK

 Pakai Sarung Naik Tren

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel hari ini digalak menyertai program ‘Kereta Api Sarung’.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarung bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.

“Saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu (hari ini) jam 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.

“Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan