Sabtu, 25 Februari 2012

DEMO LUCAH KURSUS URUT...... APA HAL NI...?

Aku tujukan entri ni pada bro yang melalut kat cbox aku ari tu. Memaki hamun tak tentu arah. Ko Pi tarbiahkan orang-orang ni yang lagi teruk. Ko kata kau islamik. Ko pejuang segala benda. Ko pi nasihatkan mereka. Jangan lupa pula, yang ni lagi parah kesnya. Sedarkan mereka. Bila ku tunjuk realiti ko marah. Tapi ini realiti kehidupan di negara kita sekarang ini.

Demo lucah kursus urut

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Apa yang dihajati ialah ilmu mengurut, namun yang dipertontonkan ialah demonstrasi urutan lucah apabila pengajar lelaki dengan selamba mengurut kemaluan dan payudara peserta wanita yang secara sukarela melondehkan pakaiannya.
Itu yang didakwa berlaku dalam satu kursus urutan tradisional di sebuah premis di ibu negara sehingga mengejutkan sepasang suami isteri yang menghadirinya bersama 30 peserta lain membabitkan lelaki dan wanita.
Pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asman, 50, dan Laila, 47, berkata tindakan pengendali kursus itu sungguh mengaibkan dan ia berbeza dengan modul yang diiklankan kepada umum.

“Saya sukar menerima hakikat apabila ada peserta perempuan yang tampil sukarela menjadi model dan tergamak membenarkan pengajar lelaki itu mengurut kemaluan dan payudaranya di depan peserta wanita lain,” kata Laila.
  Pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan refleksologi itu ditemui Harian Metro ketika mereka membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini, semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan