Mulai hari ini, entri-entri dalam blog ini akan menumpukan kepada perkongsian berita terkini, isu semasa, tutorial dan sebagainya. Rasanya cukup sudah aku memaparkan tentang suasana duni kita yang semakin parah. Jadikan ikhtibar bersama. Bukan sengaja mahu memaparkan foto-foto panas. Tapi aku ingin membawa pembaca menyedari inilah keadaan yang sedang menular di negara kita. Sebenarnya banyak lagi input yang boleh aku ketengah untuk renungan. nanti ada yang kata blog aku 18sx. Sebab itu aku namakan dari sudut mata.
Kita sering melihat isu keruntuhan moral ini dari sudut mata tanpa benar-benar mahu mencari jalan mengatasi masalah sebegini. Kita sering mengatakan itu bukan masalah kita. itu masalah orang lain. Tetapi, bagaimana kalau keluarga kita yang berpose sebegini. Tentu kita akan rasa terkejut. Tadi, sewaktu melihat akhbar, aku dikejutkan dengan karenah seorang lelaki yang bertaraf moyang menghamilkan seorang gadis belasan tahun. Kemudian cerita tentang sepasang warga emas membuang bayi di Terengganu. Diikuti dengan kisah seorang gadis di rompak dan dirogol empat lelaki. Sampai bila kejiadian sebegini akan berlaku. Sampai bila negara kita dan gadis-gadis kita akan dihantui ketakutan. Berjalan seorang diri sudah menjadi trauma kepada mereka.
Mari melihat dari sudut mata, sisi hitam dalam dunia kita dinegara kita ini. Itu yang kita ketahui. Yang tidak kita ketahui entah berapa banyak lagi. Kita ini mudah menghukum. Mudah menjatuhkan hukuman. Tanpa melihat di mana semuanya berasal. Kalau artis kita sudah berani menayangkan tubuh, mereka yang menjadi ikon kepada remaja ini akan mudah membuat remaja menurut jejak langkah mereka.
Apapun terima kasih atas sokongan dan maaf atas cara aku yang agak ganas.....Masing-masing ada cara tersendiri. Terima kasih pada yang menyokong, membangkang cara aku. Hidup ini penuh rona-ronanya. Kita yang menentukan segala yang kita perlu buat. Jangan hanya tahu salahkan orang lain jika kita berusaha untuk membantu mereka yang telah menyimpang jauh.
Ahad, 26 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan