“Kanak-kanak perlu mewarisi budaya dan tradisi kami. Mereka perlu diajar sejak kecil,” kata Aralola Olamuyiwa, yang lebih terkenal dengan panggilan Ara, selepas tamat kelas selama sejam yang berlangsung di taman asuhan kanak-kanak dan sekolah rendah Lagos.
Suaranya penuh semangat apabila memperkatakan mengenai ‘gendang bercakap’.
Gendang bercakap Afrika Barat yang mempunyai bentuk jam pasir biasanya dibuat daripada kayu dan belulang (kulit haiwan yang dikeringkan), sangat penting dalam budaya masyarakat di rantau itu kerana sejak dulu ia berfungsi sebagai alat komunikasi sebelum adanya telefon.
Walaupun kini fungsinya semakin hilang, gendang bercakap ini tidak akan pupus kerana ia sudah digabungkan bukan saja ke dalam muzik tradisional malah turut dimuatkan dalam muzik hip hop Afrika dan lagu penyanyi terkenal seperti Erykah Badu
Baguslah...alat muzik tradisional dikekalkan..sama seperti di Malaysia..
BalasPadam