Adira AF8 mohon maaf sebab peluk anjing
10 Feb - Penyanyi Siti Adira Suhaimi (Adira, 22) iaitu pelajar AF8 mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.
Bukan anjing dia
Adira kata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah. Kata Adira lagi gambar tu ialah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika dia sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mentua kakak yang bukan beragama Islam.
Jadi gambar profil handphone
Adira juga mengakui yang gambar tu dijadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan dia tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar. Tapi Adira tak kan tak peka dan sensitif dengan sentimen Melayu dan agama Islam. Memang itu adalah urusan peribadi, tapi tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat.
Mengaku silap
Adira kata sebagai 'selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam', dia mengakui kesilapan tersebut.
"Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan," kata Adira seolah-olah menganggap yang hukum Allah boleh diubahsuai bila haiwa itu kelihatan comel pada pandangan dia.
Mohon maaf
Namun kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.
"Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan," katanya dalam nada kesal.
0 ulasan:
Catat Ulasan