Bandar kedua susah parkir
20 Februari 2012
KUANTAN – “Saman parkir yang saya simpan semakin hari semakin banyak, walaupun banyak duit habis untuk bayar saman, saya tidak kisah, asalkan kerja saya berjalan lancar, nak tunggu parkir kosong memang susah, akibatnya saya parkir saja di mana saya rasakan sesuai untuk parkir,” kata seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Razman, 32.
Razman yang bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar Kuantan ini mengakui masalah parkir bukan masalah baru, tetapi ia sudah lama menghantui penduduk di kawasan ini.
Menurutnya, pada hari tertentu, penduduk mempunyai masalah untuk parkir kenderaan masing-masing seperti di pusat membeli belah ataupun tempat peranginan.
Bagi Suhaila Rashid,25 berkata, dia terpaksa beralah untuk memberikan parkir kepada kenderaan lain yang lebih besar yang dipandu oleh lelaki.
“Akibat kawasan yang terhad, saya terpaksa parkir kenderaan jauh dari kawasan yang mahu dituju. Sebagai pemandu wanita, kita sering dilabel sebagai pemandu yang tidak cekap, sedang saya berusaha memusing kereta untuk parkir, ada pula kenderaan lain dengan selambanya memakir di tempat tersebut.
“Takut bergaduh dengan pemandu lain, saya parkir di tempat yang senang saya parkir walaupun itu bukannya petak kosong parkir,” katanya.
Seterusnya, bagi Saedah Abdul Razak, 45 berkata, kawasan bandar merupakan tempat yang sukar untuk memakir kenderaan kerana ia merupakan kawasan tumpuan penduduk untuk urusan seharian.
“Jika ada urusan di bandar saya akan datang secepat mungkin untuk ‘cop’ parkir yang sesuai. Jika tidak, sukar untuk saya mengharungi kesesakan lalu lintas dan tempat yang terhad.
“Kawasan hospital merupakan salah satu tempat yang wajib saya datang setiap bulan untuk mengambil ubat dan di situlah sukar untuk mendapatkan parkir yang sesuai kerana kawasan terhad dan bilangan kereta banyak.
“Oleh itu, saya lebih senang parkir di luar hospital walaupun tiada petak parkir,” katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Haslinda Hassan berkata, masalah parkir bukan baru dan MPK sedang berusaha dengan pelbagai perancangan bagi mengatasi masalah tersebut.
Menurutnya, kini banyak pejabat kerajaan dan bank di daerah ini berpindah ke Indera Mahkota sebagai lokasi baru atau bandar kedua daerah ini yang lebih sistematik bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan tempat parkir.
“Dengan kawasan bangunan yang lebih luas dan jauh dari bangunan lain, mudah untuk kakitangan dan orang awam datang berurusan.
“Bila Kuantan Sentral sudah siap di Indera Mahkota nanti, kesesakan kenderaan di kawasan pasar dan terminal akan berkurangan dan masalah parkir akan dapat diatasi,” katanya.
Selain itu, beliau menjelaskan sukar untuk menambah kawasan parkir di kawasan bandar memandangkan tiada tempat sesuai.
Di samping itu, dengan pertambahan jumlah kenderaan menyebabkan masalah lalu lintas dan parkir.
“Oleh itu, untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kekurangan parkir ini, orang ramai boleh berkongsi kenderaan atau gunakan pengangkutan awam kerana pada hari Khamis dan hujung minggu kerana bandar Kuantan menjadi tumpuan orang luar untuk datang.
“Dengan perancangan ini diharapkan ia akan berkesan dan untuk merealisasikannya terletak pada pengguna sendiri untuk membuat perancangan terlebih dahulu jika mahu ke mana-mana dan bagi yang bekerja, berkongsi kenderaan adalah yang terbaik untuk mereka selain dapat mengelak kesesakan, hubungan silaturahim juga akan terjalin,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan