Ahad, 26 Februari 2012

MEMBENARKAN CHING BALIK UMPAMA MENAJISI KUBUR PARA PEJUANG

Sebarang usaha MEMBENARKAN pengkhianat seperti CHING PENG pulang ke negara ini adalah serupa seperti membuang NAJIS  ke atas pusara pahlawan-pahlawan negara yang terkorban kerana mempertahankan negara ini. Jika ini dilakukan oleh pihak kerajaan, aku ingat nak minta semua penerima Seri Pahlawan dan Pingat Gagah Berani PULANGKAN semula anugerah. Tak guna pakai pingat tu. Siapa CHIN PENG ni pada negara kita selain dari seorang pengkhianat  yang telah mengorbankan nyawa ribuan orang, yang memporak perandakan negara, yang memisahkan kasih sayang ayah dengan anak, suami dengan isteri. Mengapa sekarang baru nak BALIK. Baru nak sibuk tentang KERINDUAN pada tanah air.

Chin Peng tidak perlu pulang



KUALA LUMPUR 25 Feb. - Bekas pegawai polis Unit Khas British di Tanah Melayu, Dr. Leon Comber menegaskan, beliau tidak nampak sebarang keperluan atau kewajaran membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini.

Menurutnya, ini kerana bekas pemimpin kanan PKM itu telah menyebabkan banyak kematian dan kerosakan harta benda melalui keganasan komunis pada zaman darurat dan kesannya masih kekal sehingga ke hari ini.

"Tiada sebarang keperluan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke Sitiawan, Perak kerana legasi PKM masih boleh dirasai sehingga kini, legasi yang tidak elok.

"Jangan tanya saya mengapa ada sesetengah orang mahukannya kembali ke sini, saya bukan orang politik," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Kolokium Sejarah Malaysia di sini hari ini.
Comber, 88, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura pernah berkhidmat sebagai pegawai 'polis rahsia' British di Tanah Melayu pada 1948 hingga 1950-an serta pernah mengetuai beberapa operasi di Johor dan Kuala Lumpur.

Beliau menambah, jika Chin Peng dan PKM berjaya dalam perjuangan mereka, Malaysia dan Singapura tidak akan wujud sebaliknya pemimpin komunis itu akan menjadi Pengerusi Republik Rakyat Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun, katanya, keganasan PKM berjaya dipatahkan hasil kerjasama erat pihak British dengan para pemimpin tempatan ketika itu.

"Pegawai dan anggota polis tempatan termasuk pasukan keselamatan lain yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India juga amat cekap dan tidak berputus asa dalam memainkan peranan penting menentang komunis," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan