2 penasihat ditembak mati: NATO undur anggota tentera
26/02/2012 2:00am
KABUL 26 Feb. – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengambil keputusan serta-merta mengundurkan kesemua anggota tenteranya selepas dua penasihat ditembak mati di dalam bangunan Kementerian Dalam Negeri, semalam.
Komander Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa NATO, Jeneral John Allen berkata, bagi tujuan perlindungan, pihaknya mengambil tindakan menarik balik kesemua anggota yang bertugas di dalam kementerian itu dan juga di sekitar Kabul.
“Saya mengutuk serangan itu yang berlaku di Kementerian Dalam Negeri Afghanistan yang menyebabkan dua anggota terkorban,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan