24 Februari 2012
KUALA KLAWANG - Malang bagi seorang pemuda apabila dicekup ketika menceroboh masuk ke kawasan rumah bekas teman wanitanya pada 12 November tahun lalu.
Kejadian disedari bapa wanita berkenaan setelah tertuduh memasuki kawasan rumahnya kira-kira jam 2.30 pagi.
Tertuduh, Mohamad Halimi Zulkefle, 20, ditegah oleh bapa wanita terbabit agar beredar dari rumahnya, namun tertuduh enggan berbuat demikian.
Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Rosnani Mohd Ishar berkata, bapa wanita terbabit bertindak menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Menurutnya, tangkapan terhadap tertuduh dibuat di hadapan rumah di Kampung Simpang Durian, Durian Tipus, pada 12 November 2011 lebih kurang jam 3.10 pagi oleh anggota polis Balai Simpang Durian.
“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh mengaku menceroboh masuk halaman rumah pengadu.
“Tertuduh memberi alasan untuk mengambil barang miliknya di rumah bekas teman wanitanya itu,” katanya.
Tertuduh bagaimanapun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini.
Majistret, Mageswary Munniandy menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 kepada tertuduh.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama setahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan