Polis belum keluarkan permit untuk himpunan Hijau 2.0
23/02/2012 6:11pm
KUANTAN 23 Feb. - Polis belum memutuskan sama ada untuk mengeluarkan permit atau tidak bagi Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang diadakan di sini Ahad ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusof berkata, polis akan mengadakan perjumpaan dengan penganjur esok berhubung perkara itu.
"Kami telah menghantar surat kepada penganjur untuk mengadakan mesyuarat pada hari Rabu lepas tetapi atas sebab-sebab tertentu, perjumpaan itu ditunda esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan, Haslinda Hassan berkata, MPK tidak akan mengeluarkan permit kepada penganjur perhimpunan itu di Padang MPK1 sekiranya mereka tidak mendapat kelulusan polis. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan