Meniru apa orang lain buat..
Inilah KELEBIHAN orang kita. Meniru apa orang lain buat. Orang buka baju kita buka baju. Bila kita dedahkan ada pulak yang bising. Kononnya tak sesuai. Lucah. Terlebih dan sebagainya. Kalau tidak didedahkan orang lain tak tahu apa yang berlaku. Tak guna sorok-sorok lagi. Masyarakat kita dah semakin teruk. Kita yang tak nak sedar. Kalau sedarpun kita ambil sikap mudah, bukan kerja kita. Itu kerja orang lain. Kita hanya pandai tuduh tapi tak pernah nak berfikir apa rasionalnya sesuatu tindakan. Orang Korea, orang barat tunjuk anu kita senyum. Tapi tahu tak berapa ramai anak muda kita bukan tunjuk anu kat internet. Kat video. Bukalah youtube. Macam-macam yang boleh kita jumpa. Kita sorokkan kenyataan. Ada yang buat bisness lagi. Kumpulkan video 3gp, kemudian jual macam GORENG PISANG panas. Kenapa kita tak nak dedahkan sedang kita tahu. Kenapa tak nak kata dia orang ni bukan Islam. Itu yang kita tahu. Yang kita tak tahu. Yang tak kita dedahkan????
Mengata orang kita yang lebih....
Kita katakan anak-anak muda kita yang tunjuk anu kat dalam internet tu tak BETUL. Aku terima memang tak betul Kita tuduh dia orang tak ada maruah. Kita tuduh mak bapak dia orang tak betul. Pihak berkuasa tak betul. Ustaz-ustazah tak betul. Cikgu tak betul. Aku terimalah. Memang semua tak betul. Tapi orang yang mengatakan tu BETUL KE. Berapa banyak yang ko dah betulkan orang. Anak bini ko betul ke. Hidup ko bersih ke. Ko Tak kencing berdiri ke. Ko solat cukup ke. Jangan mengata orang. Kita ada keluarga. Berdakwah dari keluarga. Pandang sesuatu isu dengan iman. Bukan dengan mata hati dan sekali pandang. Renungkan dengan saksama. Jangan berdakwah di surau je.... turun padang. Pi disko ke, pi kelab malam ke, pi tempat tempat tumpuan anak muda buat maksiat. Berdakwah kat sana. Yang ada kat masjid tu dah bagus. Dah nak berubah.....Yang kat rumah-rumah pelacur tu kita pi dakwah. Bawak dia orang balik ke pangkal jalan......
Berpura-pura kita yang terbaik...
Kita gemar menyatakan kita baik. Kita salahkan orang lain. Kita maki orang lain sebab tak islamik. Sebab kita tak suka. Sebab kita rasa kita yang terbaik. Satu sikap bagi aku yang paling bagus. Kita kena aras kita yang terbaik. Tapi kalau dah maki orang kat mana baiknya. Kat mana islamiknya. Nabi kita orang baling dengan najis dengan batu tapi pulak maki orang kafir yang buat macam tu. Ikutkan sahabat nak bertindak balas. Tapi nabi gunakan cara yang berhikmah. Kita baru nak belajar solat dah nak kata orang tak betul. Nak jatuhkan hukum pada orang. Dah betul ke solat kita.Dah Allah terima ke amalan kita. Kat sini konsep berpada-pada tu mesti ada. Jangan menuding orang. Satu jari menuding orang 4 jari menuding diri sendiri.
Khamis, 23 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan