Rabu, 7 Mac 2012

DERMA UNTUK TABUNG ADIK SUHAILA MENINGKAT

Alhamdullillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana membuka pintu hati umatnya untuk menghulurkan sumbang derma kepada adik suhaila yang menderita akibat rahinya yang membengkak dan memerlukan rawatan dan pembedahan segera.


Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.

Menurut ibu Suhaila, "pendapat doktor pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.
Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana. Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid"
 
Kata ibu Suhaila lagi, Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak
beliau Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.
Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.
Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.
Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.
Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.
Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.
Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!


Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281.
 
Aku terpanggil untuk menyeru rakan-rakan blogger untuk menderma RM5 seorang ke tabung Suhaila. Kalau seramai 5000 orang blogger Malaysia bermurah hati, banyak juga dapat kita kumpulkan dan membantu seorang remaja yang baru memulakan kehidupan.
 
Aku juga merayu kepada perokok-perokok termasuk akulah, hari ini kita korbankan harga sekotak rokok dan kita hadiahkan kepada adik Suhaila. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan mengurangkan derita beliau.


0 ulasan:

Catat Ulasan