Tadi pagi seorang rakan yang bertugas di salam sebuah sekolah memaklumkan bahawa sekolahnya kehilangan seorang pelajar. Pelajar perempuan tersebut dikatakan demam dan kemudiannya berlarutan menjadi koma sejak beberapa hari lalu. Dan menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mac 2012.
Menurut ayah allahyarhamah, pihak hospital juga masih belum dapat mengenal pasti punca allahyarhamah boleh menjadi kritikal sehingga membawa maut. Apapun takziah buat keluarga beliau dan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Noradriana. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan