Tak habis-habis lagi negara kita dilanda tuduh menuduh. Sampai dah tak tahu mana satu benar atau salah. Tak tahu mana yang harus di sokong. Takut nanti dua-dua pihak tak untung, yang merasa untung orang lain. Yang mengaut untungnya orang yang duduk diam dan perhatikan kita bercakaran selama ini. Sampai bila nak jadi macam ni. Sampai bila nak salah menyalah. Dah banyak bukti menunjukkan kita kerugian. Kita masih tak sedar lagi ke. Kalau macam nilah keadaannya, ramai yang akan merosakkan kertas undi bukan kerana marah tetapi meluat dengan kedua-dua pihak yang macam dah tak professional. Korang bacalah berita yang aku petik dari Sinar Harian ni dan buatlah penilaian sendiri.
‘Anwar tak buat provokasi, kami ada bukti’
26 Mei 2012
Menurutnya, beberapa wartawan yang membuat liputan ceramah tersebut mempunyai bukti melalui rakaman video berhubung insiden yang berlaku.
"Masyarakat boleh menonton rakaman video itu dilaman Youtube. Orang ramai yang hadir semasa ceramah di pangsapuri itu dilaporkan dilempar dengan batu, telur dan botol air," katanya.
Menurutnya, sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung kejadian yang berlaku itu.
Beliau membuat kenyataan itu ketika menemani mangsa, Raja Ismail Raja Din, 60, yang terkena balingan objek keras membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai, hari ini.
Sementara itu, Raja Ismail mendakwa dia dilastik dengan objek dipercayai bebola gegalas pada malam kejadian.
"Sebelum pengsan, saya berlari ke arah Nurul Izzah di pentas ceramah untuk menyelamatkan diri dengan menutup kesan cedera di kepala," katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan