Senoi Praaq yang
bererti Pejuang merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya
terdiri daripada Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan
sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di
pedalaman.Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling
dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa darurat
dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan
menentang
komunis pada masa darurat, maka pada tahun
1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion
10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor,
Perak.
Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai
2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat
Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli
sebelum dan selepas kemerdekaan.Mereka juga adalah pejuang yang turut serta
membantu pihak British menentang komunis malah dianggap lagenda kerana kepakaran
mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan
tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand.Ibuku pernah bercerita kisah-kisah
ayahku yang terlibat dengan pengganas komunis ketika zaman mudanya.Kata ibu
Senoi Praaq pada asalnya adalah ilham seorang mentor British bernama Tuan Noone
atau R.O.D.Noone.
Senoi Praaq bermaksud "Orang Perang" dalam bahasa Semai (suku orang
asli).Ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 semakin hampir pihak British terdesak
mahu menubuhkan sebuah pasukan askar yang dapat membantu kerajaan yang baru
ditubuhkan menjaga keamanan dan mengekang pengaruh komunis.Tuan Noone telah
berjumpa dengan Sir Gerald Templer,pemerintah tentera Bristish Tanah Melayu
ketika itu mengenai penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bahawa
Jabatan Orang Asli.Lewat tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi
Praaq
Bermula dengan 2 unit dan 10 orang setiap unit hasil dari penangkapan
beberapa pemuda orang asli yang menyertai komunis di bawah operasi Surrendered
Enemy Personnel(SEP) yang kemudiannya berkembang menjadi 3 unit.Menjelang tahun
1957 unit ini telah berkembang menjadi 2 skuadron dan setiap skuadron dianggotai
dengan 80 orang pemuda orang asli dari perlbagai suku.
Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis.Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali.Bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat operasi.Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh ,Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu.Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai,keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.
Wira Senoi Praaq
Mohd Noor Abdullah
atau nama asalnya Bah Ayob, seorang Orang Asli dari keturunan Semai di Cameron
Highland merupakan seorang anggota komunis paksaan sejak berusia 8 tahun lagi.
Beliau berjaya melarikan diri dan dengan niat untuk membantu kerajaan, beliau
telah mencadangkan penubuhan Senoi Praaq pada tahun 1955 yang akan dianggotai
oleh masyarakat Orang Asli.
Pada awal penubuhan,
sejumlah 10 orang asli termasuk Bah Ayob menganggotai pasukan ini dengan hanya
berbekalkan dengan senjata api dan 10 butir peluru, mereka telah diarahkan untuk
masuk ke dalam hutan dengan tujuan memburu komunis.
Mereka kembali dengan
berita gembira apabila berjaya membunuh lebih dari 10 orang komunis dan unit ini
dikembangkan dari semasa ke semasa sehinggalah diiktiraf sebagai pasukan elit
untuk pasukan British
Sumber:http://malaysia11.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan