PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita
dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh
yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi
amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Lebih
85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori
tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah
bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan,
Kayode Olagunju.
Tidak
lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi
kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah
pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa
buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang
mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat
lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah
kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran
minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya
dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse,
negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk
hendak mencuri minyak – AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan