Naik pangkat lepas pencen
Hasmah berkata, dia bersara daripada jawatan guru besar pada 8 April lalu, bagaimana pun teruja apabila menerima surat kenaikan pangkat selepas dia pencen.
Hasmah berkata, mungkin rezekinya selepas pencen, kenaikan pangkat ini satu rahmat buatnya.
“Begitu juga kepada guru–guru lain menerima kenaikan pangkat secara ini, mereka perlu tunjukkan prestasi baik demi kecemerlangan pendidikan,” katanya.
Hasmah berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Surat Keputusan Kenaikan Pangkat Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1.
Penyerahan surat keputusan itu disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang kepada kira-kira 183 guru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat.
Hussain berkata, istimewanya kenaikan pangkat secara 'Time-Based' dinilai berdasarkan kecemerlangan guru itu sendiri.
“Sebelum ini kenaikan pangkat bagi guru lepasan diploma hanya setakat DG32, tetapi sekarang ini kenaikan hingga DG34, setaraf dengan jawatan guru besar,” katanya.
Cuba korang baca kenyataan bekas Guru Besar ni... "“Begitu juga kepada guru–guru lain menerima kenaikan pangkat secara ini, mereka perlu tunjukkan prestasi baik demi kecemerlangan pendidikan,” katanya."
Bukan ke Time Based tu bertitik tolak pada had masa perkhidmatan. Cukup had naik pangkat. Tapi dalam Kemneterian pelajaran ni banyak sangat birokrasi. Isi boranglah. Itu inilah. Itu yang terjadi lambakan mereka yang sepatutnya naik ke DG34. Sampai bila ini akan berlaku. Bila komplen, cepat pula terasa.
0 ulasan:
Catat Ulasan